Friday 15 November 2013

Pengenalan







Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian...
apa khabar??
Untuk pengetahuan kalian. Ini ialah blog rasmi BADAR AL FAROUQ MRSM MUAR.

mesti kalian tertanya-tanya kan what badar al farouq stands for? What its mean?

Well, BADAR AL FAROUQ stands for Badan Dakwah Dan Rohani  sesi 2013/2014 yang berperanan menerapkan elemen penghayatan Islam, mendekatkan Islam, melakukan amar makruf nahi mungkar kepada pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA Muar. Dengan adanya jawatan BADAR ini jugalah, kami ahli-ahli BADAR melakukan tanggungjawab mencegah kemungkaran dan berdakwah dengan lebih efektif.

Habes tu apa kaitan dgn al farouq? hurmmm.. Kami ahli BADAR yang ingin menggunakan nama tersebut.... Kerana Al Farouq means pemisah antara hak(pemahaman yang benar) dan batil (pemahaman yang salah). Kami ahli2 BADAR tidaklah sebaik mana... tapi kami berusaha untuk berdakwah berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Kami juga akan berusaha untuk memberi sandaran yang jelas hingga terlihat mana pemahaman yang benar dan mana pemahaman yang salah. Hopes all of you can support BADAR al Farouq tidak kiralah pelajar itu pelajar maktab atau luar maktab.:)


BADAR al Farouq merupakan ahli-ahli BADAR yang baru dilantik untuk menjalankan tugas sepanjang tempoh semester dua 2013 hingga semester satu 2014 tahun hadapan menggantikan BADAR Warrior. Ahli- ahli BADAR terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4. BADAR al Farouq terdiri daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan tujuh lajnah utama iaitu lajnah Izbah, lajnah Tarbiyah, lajnah Musolla, lajnah Kesenian Islam, lajnah Komunikasi, Lajnah Nazhofah dan last but not least, lajnah Akademik.


Okay. lajnah Izbah ialah lajnah disiplin di mana  ahli-ahli BADAR lajnah Izbah akan berusaha menjaga disiplin pelajar-pelajar MRSM Muar dan juga disiplin ahli2 BADAR sendiri. Pendek kata, lajnah Izbah ni macam cikgu disiplin lah. haha. BADAR lajnah Izbah ni selalunya garang2. Jangan main-main dengan mereka. Haha. Next, lajnah Tarbiyah. Apa itu tarbiyah? Tarbiyah ialah cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini untuk memproses perubahan dalam diri manusia menjadi lebih baik. Faham kan? pendek kata,  lajnah Tarbiyah ialah lajnah bimbingan. BADAR lajnah Tarbiyah yang membimbing pelajar-pelajar ke arah lebih baik melalui nasihat dan sebagainya. After that, lajnah Musolla. Seperti yang kita sedia maklum, Musolla ialah surau atau tempat sembahyang. Surau kita ialah Surau An-Nur. So, BADAR lajnah Musolla ini akan menjaga kepentingan surau, menyediakan kemudahan di surau seperti Al-Quran dan sebagainya untuk digunakan oleh semua warga maktab.. Then, Lajnah Kesenian Islam. Dah nama pun,, kesenian. Sudah semestinya Badar lajnah Kesenian Islam ini akan menguruskan hal-hal yang berkaitan kesenian Islam. Macam, buat tulisan khat, mencantikkan board BADAR, design baju BADAR and lain-lain. Lajnah Kesenian Islam inilah yang menunujukkan kepada semua betapa indahnya ISLAM. Seterusnya, lajnah Komunikasi. Lajnah inilah yang berurusan hal-hal berkaitan communication skills. Maksudnya, lajnah ini yang update blog, buat group BADAR dan macam-macam. Dengan lajnah inilah,  ukhwah antara BADAR lebih bersatu. Lajnah ini juga berperanan mendekatkan hati BADAR dengan pelajar. Selepas itu, lajnah Nazhofah yang bermaksud kebersihan. Sesungguhnya, kebersihan itu separuh dari iman.  Jadi, lajnah inilah yang berperanan  mengetuai kebersihan surau supaya sentiasa bersih untuk kegunaan warga maktab. Last but not least,  lajnah Akademik. Lajnah inilah yang akan beroperasi mengawal  pencapaian akademik ahli-ahli BADAR supaya terus seimbang. Lajnah ini juga yang berperanan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang Islam kepada pelajar-pelajar.


Tidak ketinggalan juga ahli-ahli Majlis Tertinggi BADAR. Seperti Amir, Amirah, Timbalan Amir yang merupakan wakil BWP Exco Badan Dakwah Dan Rohani, Timbalan Amirah merupakan wakil BWP Exco HELWA, Setiausaha, Bendahari dan Timbalan Bendahari. Amir and Amirah ketua kami. Timbalan Amir dan Timbalan Amirah mewakili BWP. Setiausaha membuat laporan, mencatit setiapa kali perjumpaan BADAR diadakan. Bendahari dan Timbalan Bendahari mengutip, menjaga duit BADAR.


Walaupun setiap BADAR mempunyai jawatan dan tugas yang tersendiri, tetapi kami tetap membantu antara satu sama lain. Setiap BADAR bergotong-royong membantu Lajnah Nazhofah membersihakan surau setiap kali hari Ahad. Setiap BADAR membantu lajnah Izbah menjaga dan mengawal surau daripada terlalu bising setiap hari antara Maghrib hingga Isyak. BADAR membantu Lajnah Komunikasi update blog. ITULAH UKHWAH KAMI, TANGGUNGJAWAB KAMI MEMBANTU SATU SAMA LAIN. UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA :)

InsyaAllah, ukhwah kami kuat
Gambar nie baru macam bersedia sikit..
Apabila BADAR posing.. haha. Bukan main beria semua. Enjoy.

Badar muslimah ayu jek kan?? Haha. :)
Again :)
Setiausaha BADAR, Jannah Sahar and Timbalan Amirah BADAR, Adibah Rosli.
HAI :) Assalamulaikum
BADAR F4 Muslimah
Yg pakai spec tu Amirah BADAR AL FAROUQ, Nur Saadiah Ismail.. Yg baju hijau AJK lajnah Izbah, Wan Najwa Raihani.
Kak Farain Syuhada, Amirah BADAR Warrior, Yang baju coklat tu Kak Ain Sofia, Timbalan Amirah BADAR Warrior.
Annisyah Zeidun, Duta Cool Blog, HAHA. dengan Farwizah Rahman, BWP Exco HELWA Lower Form.
                                                 
Apabila BADAR AL FAROUQ dan BADAR WARRIOR bersatu..

 Hurmmm... :)





                                       

No comments:

Post a Comment