Friday 13 December 2013

Muliakan 'Anugerah' Itu

Bebas terbang!

*merenung ke luar tingkap. Mendongak ke langit*

Hati berbisik,


"Aku nak jadi burung.. bebas terbang. Senang je bila-bila masa boleh balik JB~"

*di tasik, sambil memberi ikan makan*


"Aku nak jadi ikan lah.. makan free. Kalau banjir pun, selamat. Hoho."

Tersenyum sendirian.
* * *

Bila difikirkan semula..


Allah ciptakan burung, ada kepak untuk terbang bebas. Pergi je memana suka.

Allah jadikan ikan, dengan kebolehan hidup dalam air. Kalau banjir, berenang aje.

Tapi, satu je Allah tak bagi pada burung, ikan + hidupan lain, tapi Allah bagi manusia.


Agak-agak apa?


Jeng jeng jeng! A-K-A-L^^

Akal.


Dengan akal tulah, manusia mampu cipta kapal terbang inspirasi daripada burung, untuk turut sama terbang. Malah, dapat menerbangkan besi!

Dengan akal tulah, manusia cipta segala peralatan renang untuk masuk ke dalam habitat ikan. Boleh berenang sama-sama dengan ikan dolphin apa!


Sebab tu Allah kata, manusia ni, ciptaan paling mulia. Mulia kerana akalnya.

Hargai, kemuliaan kita. Syukuri, bagaimana kita dicipta^^


* * *

*Jangan contohi perbuatan ini==*


Malangnya sekarang, manusia menggunakan akal dengan perkara yang tidak 'sihat'.

Melakukan maksiat, merempit, membuli dan yang sewaktu dengannya.  

Huhh.
Tidakkah mereka berfikir?


Bukankah 'anugerah' ini digunakan untuk berfikir?


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan? [55:13]"


Bukan ke Allah dah tegur?

Maka, ingatlah. Gunakanlah 'anugerah' itu dengan sebaik-baiknya. Bukan untuk perkara yang sia-sia.

Akhir kata, berfikir dahulu sebelum bertindak. Ok? 

Senyum =D

Moga Bermanfaat^^
1242
11021435

No comments:

Post a Comment